Showing posts with label susu kambing iSunnah. Show all posts
Showing posts with label susu kambing iSunnah. Show all posts

Sunday, 23 October 2016

Menjaga Prestij Amalan Sunnah Baginda



www.i-Sunnah.com/rohayah-elite
Menjaga Prestij Amalan Sunnah Baginda :)

Hampir saja terjadi (suatu zaman) harta seorang muslim yang paling baik adalah kambing yang digembalakannya di puncak gunung, dan tempat-tempat terpencil, dia pergi menghindar diri dengan membawa agamanya disebabkan takut terkena fitnah".
(Hadis Sahih Catitan Imam Bukhari: No.18)

Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Terima kasih kerana berkunjung.
Dapatkan susu iSunnah drp saya
Hubungi whatsap 0162784272-Rohayah



Thursday, 13 October 2016

Anak bijak.. Bagaimana usaha kita ke arah itu..?


Semua orang pun tahu, kan...?

Setiap orang tua selalu mengharapkan anaknya cerdik, pandai dan arif melebihi anak lain. Para pakar menyatakan, sekalipun kearifan seorang anak sangat erat hubungannya dengan genetik bawaan, namun banyak sekali penelitian ilmiah menunjukkan bahwa pembinaan setelah lahir juga merupakan faktor sangat penting yang tidak boleh diabaikan.

Merangsang Pertumbuhan dengan Pendidikan dalam Kandungan

Para doktor menyatakan, bayi dalam kandungan usia 3 bulan sudah mempunyai perasaan, empat bulan sudah mampu merasakan suara dari luar. Suara dari luar ini akan terus merangsang organ indera anak dalam kandungan dan mendorong pertumbuhannya, mempunyai peranan yang penting bagi pertumbuhan bijak. Pada dasarnya cerebral cortex (bagian otak yang penting untuk mengingat, memperhatikan, menyedari, berfikir, mengerti bahasa dan lain sebagainya) pada bayi dalam kandungan sudah terbentuk pada usia 5–6 bulan, bila pada masa ini diperdengarkan muzik ataupun dilakukan lembut pada bahagian perut, akan dapat meningkatkan pertumbuhan kePINTARan sang anak.

Asas Perkembangan KePINTARan Ditentukan pada Masa Anak-Anak Sejak bayi dilahirkan, ayah-bunda sudah mempunyai peranan penting untuk mengajarkan pengetahuan ASAS kepadanya. Kalau ayah bunda pada tahap ini dapat membimbing sang anak dengan murah hati, hormat dan penuh kasih sayang, maka bukan saja dapat meletakkan dasar keperibadian yang unik bagi sang anak, bahkan dapat membuat anak memiliki kemampuan belajar dan sikap bergaul yang baik. Dengan demikian, peranan ayah bunda bukan hanya membesarkan, bahkan juga memikul tanggung jawab besar sebagai “guru peribadi”.

Para pakar menyatakan, “Anak-anak pada usia 4 tahun sampai dengan 13 tahun, karena belum banyak mengecap asam garam dunia, hatinya masih murni, merupakan masa dengan daya ingat yang paling kuat selama hidupnya. Jika pada masa keemasan ingatan ini memperoleh pendidikan yang baik, akan sangat bermanfaat bagi sepanjang hidupnya. Maka tugas kita TANAMKAN KENANGAN INDAH dengan amalan2 SUNNAH. :)


www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Wednesday, 12 October 2016

Meal plan yang baik..






Apa itu reshape...?
Re-shape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental & nampak cantik.

Bagaimana nak buat meal plan?
Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

=====
a) Bangun Pagi:
Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast:
Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch:
Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea:
Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).
=====

Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan
#iSunnah #SusuKambing #Milk #Susu

Tuesday, 11 October 2016

Pentingnya menjaga DIET seimbang


Rupa2nya ramai yang x tau...

Kenapa perlu jaga berat badan? 

Sebab sebenarnya bermula dari sebuah hadis yang bermaksud,"Perut itu IBU segala penyakit". Jadi, menjaga berat badan bermaksud menjaga perut. Menjaga perut bermaksud menjaga kesihatan secara keseluruhan. Maka, menjaga kesihatan adalah untuk beribadat bukan untuk sihat semata-mata.

Secara mudah, sihat adalah untuk ibadah, bukan suka-suka. Inilah konsep yang kurang difahami oleh kebanyakan manusia hinggakan ada yang mengabaikan tentang kesihatan kerana tidak memandang bahawa kesihatan itu nikmat dan menjaganya bererti syukur kepadaNya.

We are what we eat...!!!
Hendak ukur kesihatan kita hari ini, lihatlah apa yang kita makan 10 tahun yang lepas, hendah ukur kesihatan kita 10 tahun akan datang, lihatlah apa yang kita makan hari ini.

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Monday, 10 October 2016

Tips meransang si manja menjadi bijak


Tahukah kita semua...?
Ketika si kecil sedang fokus bermain, sel-sel otaknya sedang berhubung. Otak si manja sentiasa bekerja sebab itu mereka memerlukan banyak rangsangan untuk membantu perkembangan otak yang optimal.

Sejak bayi lahir hingga berusia enam tahun, sebarang stimulasi yang dilakukan pada otak akan menggalakkan percantuman antara sel-sel yang bermula dari bawah ke atas. Sekiranya rangsangan tidak dilakukan, sel-sel ini akan mati.

Rangsangan yang hendak dilakukan kepada si manja perlu dilakukan dengan betul dan bukan secara sembarangan sahaja.

1. Kerap berbual :)
Nampak mudah tetapi kesannya sangat hebat. Keraplah berbual dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala. Anda boleh berbual, bercakap dengannya mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling. Perbualan tidak formal ini akan memberikan impak positif dari segi pemikirannya.

2. Minta pendapat anak :)
Minta pendapat anak dalam sebarang situasi untuk membina pemikiran kritis dan lontaran idea spontan. Jangan abaikan suara kecil ini kerana nanti segala memori yang diperolehnya akan disimpan di lexical database pada otak. Info-info ini akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti.

3. Baca buku 10 minit sebelum tidur :)
Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil menambah tata bahasa dan perkataan baru.

4. Terangkan sebab-akibat :)
Sentiasa menghuraikan tentang sebab-akibat kepada si manja. Ia akan memberikan info-info baru kepada si manja. Info-info ini yang disimpan di lexical database akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti.

5. Elak perkara negatif sebelum tidur :)
Waktu sebelum tidur boleh memberikan kesan kepada pembangunan minda bawah sedar. Untuk membantu anak berkembang sihat, elakkan si manja daripada melihat imej negatif seperti filem kejam, seram, mendedahkannya kepada situasi negatif seperti memarahinya atau keadaan yang tertekan. Setiap kali terdedah kepada imej negatif, sejenis bahan kimia akan dirembes dan kekal di dalam badan. Kita bimbang ia akan menjejaskan pembinaan karakter dan pemikiran si manja.

6. Rangsang deria :)
Rangsangan deria atau sensori penting dalam merangsang minda si kecil. Bawa si manja ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh menerokai bermacam-macam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna. Misalnya ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, sawah dan sebagainya.

7. Rangsang guna alat permainan :)
Otak si manja juga boleh dirangsang menggunakan alat permainan. Pilih alat permainan berpendidikan atau yang menggunakan logik akal supaya si manja boleh menggalakkan percantuman antara sel-sel kompleks pada otaknya. Selagi si manja berfikir, maka sel otaknya akan terus berkembang dan diterokai. Lebih banyak sel otak maka lebih tinggi keupayaan IQ.

Siapa nak anak bijak...?
Lakukanlah langkah-langkah kat atas tu SEMUA. :)

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan