Monday 10 October 2016

Tips meransang si manja menjadi bijak


Tahukah kita semua...?
Ketika si kecil sedang fokus bermain, sel-sel otaknya sedang berhubung. Otak si manja sentiasa bekerja sebab itu mereka memerlukan banyak rangsangan untuk membantu perkembangan otak yang optimal.

Sejak bayi lahir hingga berusia enam tahun, sebarang stimulasi yang dilakukan pada otak akan menggalakkan percantuman antara sel-sel yang bermula dari bawah ke atas. Sekiranya rangsangan tidak dilakukan, sel-sel ini akan mati.

Rangsangan yang hendak dilakukan kepada si manja perlu dilakukan dengan betul dan bukan secara sembarangan sahaja.

1. Kerap berbual :)
Nampak mudah tetapi kesannya sangat hebat. Keraplah berbual dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala. Anda boleh berbual, bercakap dengannya mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling. Perbualan tidak formal ini akan memberikan impak positif dari segi pemikirannya.

2. Minta pendapat anak :)
Minta pendapat anak dalam sebarang situasi untuk membina pemikiran kritis dan lontaran idea spontan. Jangan abaikan suara kecil ini kerana nanti segala memori yang diperolehnya akan disimpan di lexical database pada otak. Info-info ini akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti.

3. Baca buku 10 minit sebelum tidur :)
Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil menambah tata bahasa dan perkataan baru.

4. Terangkan sebab-akibat :)
Sentiasa menghuraikan tentang sebab-akibat kepada si manja. Ia akan memberikan info-info baru kepada si manja. Info-info ini yang disimpan di lexical database akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti.

5. Elak perkara negatif sebelum tidur :)
Waktu sebelum tidur boleh memberikan kesan kepada pembangunan minda bawah sedar. Untuk membantu anak berkembang sihat, elakkan si manja daripada melihat imej negatif seperti filem kejam, seram, mendedahkannya kepada situasi negatif seperti memarahinya atau keadaan yang tertekan. Setiap kali terdedah kepada imej negatif, sejenis bahan kimia akan dirembes dan kekal di dalam badan. Kita bimbang ia akan menjejaskan pembinaan karakter dan pemikiran si manja.

6. Rangsang deria :)
Rangsangan deria atau sensori penting dalam merangsang minda si kecil. Bawa si manja ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh menerokai bermacam-macam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna. Misalnya ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, sawah dan sebagainya.

7. Rangsang guna alat permainan :)
Otak si manja juga boleh dirangsang menggunakan alat permainan. Pilih alat permainan berpendidikan atau yang menggunakan logik akal supaya si manja boleh menggalakkan percantuman antara sel-sel kompleks pada otaknya. Selagi si manja berfikir, maka sel otaknya akan terus berkembang dan diterokai. Lebih banyak sel otak maka lebih tinggi keupayaan IQ.

Siapa nak anak bijak...?
Lakukanlah langkah-langkah kat atas tu SEMUA. :)

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

No comments:

Post a Comment