Wednesday 12 October 2016

Meal plan yang baik..






Apa itu reshape...?
Re-shape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental & nampak cantik.

Bagaimana nak buat meal plan?
Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

=====
a) Bangun Pagi:
Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast:
Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch:
Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea:
Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).
=====

Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan
#iSunnah #SusuKambing #Milk #Susu

No comments:

Post a Comment