Sunday 23 October 2016

Menjaga Prestij Amalan Sunnah Baginda



www.i-Sunnah.com/rohayah-elite
Menjaga Prestij Amalan Sunnah Baginda :)

Hampir saja terjadi (suatu zaman) harta seorang muslim yang paling baik adalah kambing yang digembalakannya di puncak gunung, dan tempat-tempat terpencil, dia pergi menghindar diri dengan membawa agamanya disebabkan takut terkena fitnah".
(Hadis Sahih Catitan Imam Bukhari: No.18)

Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Terima kasih kerana berkunjung.
Dapatkan susu iSunnah drp saya
Hubungi whatsap 0162784272-Rohayah



Thursday 13 October 2016

Anak bijak.. Bagaimana usaha kita ke arah itu..?


Semua orang pun tahu, kan...?

Setiap orang tua selalu mengharapkan anaknya cerdik, pandai dan arif melebihi anak lain. Para pakar menyatakan, sekalipun kearifan seorang anak sangat erat hubungannya dengan genetik bawaan, namun banyak sekali penelitian ilmiah menunjukkan bahwa pembinaan setelah lahir juga merupakan faktor sangat penting yang tidak boleh diabaikan.

Merangsang Pertumbuhan dengan Pendidikan dalam Kandungan

Para doktor menyatakan, bayi dalam kandungan usia 3 bulan sudah mempunyai perasaan, empat bulan sudah mampu merasakan suara dari luar. Suara dari luar ini akan terus merangsang organ indera anak dalam kandungan dan mendorong pertumbuhannya, mempunyai peranan yang penting bagi pertumbuhan bijak. Pada dasarnya cerebral cortex (bagian otak yang penting untuk mengingat, memperhatikan, menyedari, berfikir, mengerti bahasa dan lain sebagainya) pada bayi dalam kandungan sudah terbentuk pada usia 5–6 bulan, bila pada masa ini diperdengarkan muzik ataupun dilakukan lembut pada bahagian perut, akan dapat meningkatkan pertumbuhan kePINTARan sang anak.

Asas Perkembangan KePINTARan Ditentukan pada Masa Anak-Anak Sejak bayi dilahirkan, ayah-bunda sudah mempunyai peranan penting untuk mengajarkan pengetahuan ASAS kepadanya. Kalau ayah bunda pada tahap ini dapat membimbing sang anak dengan murah hati, hormat dan penuh kasih sayang, maka bukan saja dapat meletakkan dasar keperibadian yang unik bagi sang anak, bahkan dapat membuat anak memiliki kemampuan belajar dan sikap bergaul yang baik. Dengan demikian, peranan ayah bunda bukan hanya membesarkan, bahkan juga memikul tanggung jawab besar sebagai “guru peribadi”.

Para pakar menyatakan, “Anak-anak pada usia 4 tahun sampai dengan 13 tahun, karena belum banyak mengecap asam garam dunia, hatinya masih murni, merupakan masa dengan daya ingat yang paling kuat selama hidupnya. Jika pada masa keemasan ingatan ini memperoleh pendidikan yang baik, akan sangat bermanfaat bagi sepanjang hidupnya. Maka tugas kita TANAMKAN KENANGAN INDAH dengan amalan2 SUNNAH. :)


www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Wednesday 12 October 2016

Meal plan yang baik..






Apa itu reshape...?
Re-shape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental & nampak cantik.

Bagaimana nak buat meal plan?
Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

=====
a) Bangun Pagi:
Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast:
Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch:
Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea:
Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).
=====

Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan
#iSunnah #SusuKambing #Milk #Susu

Tuesday 11 October 2016

Pentingnya menjaga DIET seimbang


Rupa2nya ramai yang x tau...

Kenapa perlu jaga berat badan? 

Sebab sebenarnya bermula dari sebuah hadis yang bermaksud,"Perut itu IBU segala penyakit". Jadi, menjaga berat badan bermaksud menjaga perut. Menjaga perut bermaksud menjaga kesihatan secara keseluruhan. Maka, menjaga kesihatan adalah untuk beribadat bukan untuk sihat semata-mata.

Secara mudah, sihat adalah untuk ibadah, bukan suka-suka. Inilah konsep yang kurang difahami oleh kebanyakan manusia hinggakan ada yang mengabaikan tentang kesihatan kerana tidak memandang bahawa kesihatan itu nikmat dan menjaganya bererti syukur kepadaNya.

We are what we eat...!!!
Hendak ukur kesihatan kita hari ini, lihatlah apa yang kita makan 10 tahun yang lepas, hendah ukur kesihatan kita 10 tahun akan datang, lihatlah apa yang kita makan hari ini.

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Monday 10 October 2016

Tips meransang si manja menjadi bijak


Tahukah kita semua...?
Ketika si kecil sedang fokus bermain, sel-sel otaknya sedang berhubung. Otak si manja sentiasa bekerja sebab itu mereka memerlukan banyak rangsangan untuk membantu perkembangan otak yang optimal.

Sejak bayi lahir hingga berusia enam tahun, sebarang stimulasi yang dilakukan pada otak akan menggalakkan percantuman antara sel-sel yang bermula dari bawah ke atas. Sekiranya rangsangan tidak dilakukan, sel-sel ini akan mati.

Rangsangan yang hendak dilakukan kepada si manja perlu dilakukan dengan betul dan bukan secara sembarangan sahaja.

1. Kerap berbual :)
Nampak mudah tetapi kesannya sangat hebat. Keraplah berbual dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala. Anda boleh berbual, bercakap dengannya mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling. Perbualan tidak formal ini akan memberikan impak positif dari segi pemikirannya.

2. Minta pendapat anak :)
Minta pendapat anak dalam sebarang situasi untuk membina pemikiran kritis dan lontaran idea spontan. Jangan abaikan suara kecil ini kerana nanti segala memori yang diperolehnya akan disimpan di lexical database pada otak. Info-info ini akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti.

3. Baca buku 10 minit sebelum tidur :)
Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil menambah tata bahasa dan perkataan baru.

4. Terangkan sebab-akibat :)
Sentiasa menghuraikan tentang sebab-akibat kepada si manja. Ia akan memberikan info-info baru kepada si manja. Info-info ini yang disimpan di lexical database akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti.

5. Elak perkara negatif sebelum tidur :)
Waktu sebelum tidur boleh memberikan kesan kepada pembangunan minda bawah sedar. Untuk membantu anak berkembang sihat, elakkan si manja daripada melihat imej negatif seperti filem kejam, seram, mendedahkannya kepada situasi negatif seperti memarahinya atau keadaan yang tertekan. Setiap kali terdedah kepada imej negatif, sejenis bahan kimia akan dirembes dan kekal di dalam badan. Kita bimbang ia akan menjejaskan pembinaan karakter dan pemikiran si manja.

6. Rangsang deria :)
Rangsangan deria atau sensori penting dalam merangsang minda si kecil. Bawa si manja ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh menerokai bermacam-macam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna. Misalnya ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, sawah dan sebagainya.

7. Rangsang guna alat permainan :)
Otak si manja juga boleh dirangsang menggunakan alat permainan. Pilih alat permainan berpendidikan atau yang menggunakan logik akal supaya si manja boleh menggalakkan percantuman antara sel-sel kompleks pada otaknya. Selagi si manja berfikir, maka sel otaknya akan terus berkembang dan diterokai. Lebih banyak sel otak maka lebih tinggi keupayaan IQ.

Siapa nak anak bijak...?
Lakukanlah langkah-langkah kat atas tu SEMUA. :)

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Sunday 9 October 2016

Tips anak BIJAK dan amalan yang diperlukan...


Siapa yang tak nak anak yang genius. Tipulah kan. Kalau nak anak genius, ibu bapa kenalah rajin bagi rangsangan untuk membantu perkembangan otaknya ke tahap yang mak
siumum. Bagaimana tu?

Kebijaksanaan si manja boleh dipupuk sejak kecil lagi. Cubalah lakukan cara-cara berikut ini untuk mendidik anak yang bijak.

1.Belajar muzik
Belajar bermain alat muzik adalah salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian Universiti Toronto, Amerika Syarikat, pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecil di sekolah. Semakin lama anak anda belajar bermain muzik, semakin jelas hasilnya boleh dilihat. Oleh itu, dedahkan anak-anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak kecil untuk kecerdasan otak.

2.Tingkatkan kesihatan
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajarannya di sekolah. Kanak-kanak yang sihat akan aktif di sekolah dan meningkatkan keyakinan diri, sentiasa bersemangat dan dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri anak-anak. Justeru, tingkatkan kesihatan anak dengan amalan gaya hidup yang sihat di samping memberikan makanan yang berkhasiat untuk si kecil.

3.Permainan video
Ramai yang beranggapan permainan video yang banyak didapati dalam gajet boleh memudaratkan si kecil. Namun, permainan video yang sesuai ada kebaikannya. Yang penting anda perlu bijak memilih permainan yang sesuai dengan usia anak. Asalkan ia boleh meningkatkan kreativiti, melatih cara berfikir dan menguji kebijaksanaan si kecil. Terdapat kajian mendapati anak kecil yang bermain permainan video lebih berkemampuan dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran di sekolah.
Jadi, tidak salah untuk memberikan anak-anak bermain dengan gajet selagi anda memantau penggunaannya dan sentiasa kemas kini aplikasi yang ada.

4.Elakkan makanan ringan
Seperti yang anda ketahui, makanan ringan tidak mempunyai khasiat, malah kebanyakannya boleh memudaratkan kesihatan bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah kepada orang dewasa juga. Kandungan gula yang tinggi, garam berlebihan dengan pewarna dan pengawet boleh mengakibatkan banyak penyakit. Berikan anak-anak anda makanan semula jadi yang sihat dan segar. Amalkan snek sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan malah membantu perkembangan otak untuk membesar dengan bijak dan sihat.

5.Memupuk rasa ingin tahu
Berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru adalah cara untuk mendidik si kecil anda di rumah mahupun di luar rumah. Contohnya ajak membeli-belah bersama supaya mereka tahu cara penggunaan wang dan lain-lain. Semua ini merupakan cara yang baik sekali gus boleh diguna pakai untuk memupuk rasa ingin tahu anak-anak tentang kehidupan orang dewasa.

6.Galakkan membaca
Dalam dunia moden dengan peningkatan teknologi secara meluas, ramai yang mengabaikan pentingnya membaca. Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak anda buku cerita yang menarik atau cerita dogeng kegemaran mereka, ajak ke perpustakaan pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik untuk memupuk minat membaca si kecil.

7.Sarapan pagi
Pastikan si kecil mengambil sarapan pagi kerana seorang anak yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik, dapat menumpukan perhatian di sekolah dan dapat belajar lebih cepat.
Tidak perlu sarapan yang berat setiap hari, cukup sekadar segelas susu bersama sandwic atau bijirin sarapan yang dapat mengenyangkan. Itu sudah mencukupi bagi memulakan hari dengan penuh bersemangat.

8.Permainan menguji minda
Permainan menguji minda seperti catur, teka silang kata, sudoku juga merangsang otak dan boleh diberikan kepada anak-anak anda. Permainan sebegitu dapat merangsang cara mereka berfikir secara bijaksana dan meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah.

9.Menghafal dan belajar perkataan baru
Ajarkan anak-anak anda dengan perkataan baru setiap hari yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian atau mintalah mereka menghafal kamus atau menghafal sifir. Hal tersebut dapat membantu meningkatkan kecerdasan otak anak-anak kecil anda.

10.Beriadah
Tutup televisyen dan ajaklah anak anda keluar untuk beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka cara hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak si kecil anda cerdas.

www.i-sunnah.com/rohayah-elite
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan